Tuesday, October 9, 2018

Long distance running

Sejak 2 setenggah tahun kebelakangan ni aku dah banyak kurangkan aktiviti fizikal.. Termasuk la lari long distance, keadaan kaki aku semakin merosot.. No idea what happen, aku masih tiada kekuatan nak further checking..but seriously aku dah tak boleh jalan kaki lama2, berdiri lama.. Urat2 biru dah mjalar hampir disemua area kaki.

Hmm.. Mungkin ni antara limitation yang aku patut terima, aku harap aku sempat tukar kerja yg sesuai dgn physical ku yg semakin degrade.. Family? Aku tak terfikir untuk ada own family sebab aku tak percaya mana2 lelaki.. Parent? Abah aku dah lama pergi, mak & suami dia..serta yg lain, aku rasa tak perlu aku susahkan hidup aku dgn mereka.. Cukup la aku korban kn masa selama 18 tahun dgn masalah rumah tangga mereka yg tidak pernah selsesai..

Saturday, September 1, 2018

Poem.

Berjalan, berlari,
Tertatih, berdiri,
Setapak, maju ke hadapan,
Kau tersungkur, melutut ke lantai..

Berdiri lagi, dan tertatih kembali..
Jatuh, muka tersembam ke bumi..

Tuesday, August 7, 2018

Hantar dan ditendang lagi

Aku buka blog ni pada 2010..now dah 8 tahun, pejam celik pejam celik kejap je..

Daripada perkongsian tutorial adobe photoshop sehingga cacatan perjalanan.. Daripada rajin update blog sehingga muncul tenggelam.

Alhamdulillah,  pengajian master aku hampir habis, walaupun aku sendiri rasa sangsi dengan diri aku sendiri.. Aku masih dalam fasa corrections chapter 4 & 2. Hantar dan ditendang kembali.. Correction demi corrections diperlukan bagi menghasilkan penulisan thesis yang berkualiti.. Tapi aku selalunya kalah dengan kecemburuan masa..

Aku sebagai chemist kilang ceramic .. Aka supporter team untuk department r&d selalu tewas dengan kekurangan diri aku sendiri.. Entah kadang2 aku rasa tak mampu nak menulis bait2 perkataan secara teratur ketika badan dan mentalku fully exhausted. 

Hmm..

Monday, July 16, 2018

Aku

Kata ganti nama aku kurang digemari bagi sesetengah manusia..

Tapi aku menyukainya..
Aku, ada merujuk kepada sifat keakuan atau egoistic.

Tapi aku tetap mengunakannya,
Mungkinkah selepas 10 tahun, sewaktu usia menjangkau usia yg lebih matang aku masih mengunakan perkataan ini..

Atau aku berubah mengunakan perkataan yg lebih sopan lontarannya..

Hmm..